Program Pemantapan Rohani Siri 1

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

28JAN

28 Januari 2016 -  Pusat Penginapan Pelajar (SAC) telah menganjurkan Ceramah Pemantapan Rohani 1 : Mengenal Diri di Auditorium SAC. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Azharuddin Bin Sahil yang merupakan pensyarah UUM merangkap Penolong Pengetua di Dewan Penginapan Pelajar (DPP) PROTON.Ceramah yang bermula pada 10.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengah hari berjaya menarik peserta dalam kalangan staf UUM terutamanya staf HEP. Antara intipati ceramah yang disampaikan adalah tentang mengenal diri, berbuat baik kepada ibu bapa, bacaan dan niat yang betul dalam sembahyang. Antara kata-kata Prof Madya Dr. Azharuddin yang boleh dijadikan teladan semasa ceramah tersebut ialah “Ikhlaskan hati bila membaca bismillah dan rasailah kekuatan bismillah tersebut” dan “Berwuduk setiap kali apabila kita ingin mulakan sesuatu pekerjaan.” Selain itu, beliau juga menyelitkan kaedah merawat penyakit gaut. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengarah SAC En Noor Azman Bin Yusof yang menyampaikan cenderamata kepada penceramah.

Search

Students Accommodation Centre (SAC)

Pusat Penginapan Pelajar (SAC),
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP),
Universiti Utara Malaysia (UUM),
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-928 4150 
Fax : 04-928 4175 / 4176
Emel: sac[@]uum[dot]edu[dot]my
 
 
 
 
Tarikh Kemaskini : 11 Januari 2017

Office Hour

SUNDAY - WEDNESDAY :
8:00 A.M - 5:00 P.M

THURSDAY :
8:00 A.M - 3:30 P.M

REST :
1:00 P.M - 2:00 P.M

CLOSED :
FRIDAY, SATURDAY & PUBLIC HOLIDAY

External Link

Visitors

Today30
Yesterday34
Week 64
Month761
Total 3300