Setelah pengumuman dibuat oleh Kerajaan untuk pelajar IPT dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing dan ianya juga diumumkan secara rasmi oleh Menteri Pengajian Tinggi. Oleh itu, pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengambil langkah-langkah yang ditetapkan bagi menghantar pelajar-pelajar pulang ke kediaman masing-masing
Ops Hantar Pulang Pelajar ke Zon Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan) malam ini (2 Mei 2020, Sabtu) yang melibatkan 998 Pelajar dari UUM selain dari IPTA/IPTS Zon Utara berjalan lancar. Sebanyak 57 bas terlibat merentas negeri dan dibantu oleh PDRM/Jabatan Bomba/KPT/MKN/UNIC/Sukarelawan Pelajar Inasis. Setiap bas ditugaskan seorang Pegawai Pengiring dan 2 pemandu mengikut daerah.
Selain memastikan SOP ketat ini patuhi, UUM juga memberi perhatian dalam soal kebajikan para pelajar yang terlibat dalam Ops Pulang ini dijaga dengan sebaiknya. Misalnya dalam soal makan dan minum, pelajar dibekalkan juadah berbuka puasa serta juadah bersahur.