Pemantauan dilakukan pagi ini 1 Jun 2020, Isnin di Kafeteria DK 6, Proton, Subaidah dan Hijau Kuning supaya semua premis mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pengerakan Bersyarat (PKPB). Pemantauan bagi penjarakan sosial dipatuhi oleh individu (pelanggan) dan pengusaha kafe laluan A dan zon pentadbiran.
Persediaan yang dipantau oleh Seksyen Perkhidmatan Sajian itu juga perlu mengikut SOP KKM sebelum pengusaha dibenarkan membuka premis makanan iaitu dengan mewajibkan spring cleaning (pembersihan keseluruhan) premis dan persediaan tempat (penjarakan sosial, sanitizer).
Dengan norma baharu itu diharapkan semua warga UUM mematuhi arahan KKM agar pandemik Covid-19 dapat dibendung.