All News

MAJLIS PEMBUKAAN KAPSUL MASA SAC

 
Satu Majlis Pembukaan Kapsul Masa telah diadakan di SAC pada hari ini, 15 September 2020 Selasa pada jam 10.00 pagi.
Kapsul Masa SAC telah ditanam oleh Yang Berusaha Prof. Dr Abdul Malek Hj Abdul Karim pada 15 September 2014, Isnin yang merupakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni pada masa itu bagi menzahirkan harapan dan amanat pada masa akan datang dan telah ditanam selama 6 tahun di Bulatan SAC.
Timbalan Naib canselor Hal Ehwal dan Alumni, Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali, Dekan dan Pengarah HEP, Pengarah-Pengarah Pusat HEP, Pengetua-Pengetua Inapan Siswa dan tetamu hadir bagi meraikan pembukaan kapsul masa tersebut.
 
Prof. Dr Abdul Malek yang kini merupakan Pengarah UUMIT turut membacakan amanat tersebut yang secara khususnya ditujukan kepada pelajar iaitu masa- yang membawa zaman berubah dan kita pun berubah mengikut zaman, kepada staf HEP diatas dasar memesrakan dan mempersadakan warga pelajar UUM maka perlu berpegang kepada nilai Imu, Budi dan Bakti.
Majlis tersebut turut diselitkan dengan penutupan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-63 HEPA yang menyaksikan SAC menggondol Juara (bagi PTJ HEP) dan Inasis YAB ditempat pertama keseluruhan Inasis diikuti dengan Inasis MAS/TNB serta Misc/BSN.
Hadiah disampaikan oleh TNC HEPA dan dan majlis tamat pada jam 11.30 pagi.
 
kapsul masa
 

kapsul masa2

 

119448256 3272845139459739 303917574238334438 n