All News

GOTONG-ROYONG MASAK BUBUR ASYURA SAC

Satu program gotong-royong memasak bubur asyura telah diadakan pagi ini di SAC.
Gotong-royong memasak Bubur Asyura adalah salah satu tradisi yang dilakukan oleh masyarakat melayu Islam di Malaysia ketika datangnya bulan Muharam. Oleh itu, bersempena kedatangan bulan Muharam ini, Kelab SAC menyediakan satu kawah Bubur Asyura dimasak melibatkan seramai 28 orang staf. Aktiviti memasak Bubur Asyura ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.
Objektif program ini diadakan adalah bagi memupuk ukhuwah dan mengeratkan silaturrahim di kalangan warga SAC selain menghidupkan tradisi pada bulan Muharam 1442h.
Resepi Bubur Asyura utk 1 kawah:
Tepung Beras 6 paket (bancuh dahulu dgn setengah besen besar air)
Santan 5 kg
Gula putih 3 kg
Gula merah 1 kg (bancuh air)
Ubi keledek 3 kg (potong dadu)
Pisang 3 kg (potong bulat)
Kacang hijau 500 gm (rebus dahulu bg lembut)
Kacang Merah 500 gm (rebus dulu)
Kacang kuda 500 gm (rebus dulu)
Jagung 30 biji (ambil isi)
Garam (setengah senduk besar @ secukup rasa)
Kacang tanah 500 gm (jika suka)
 
BUBUR ASYURA 2020