All News

KAPSUL MASA 15 SEPTEMBER 2014 DIBUKA



Mantan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Dr Abdul Malek Hj Abdul Karim membuka semula Kapsul Masa yang ditanam beliau dihadapan Bangunan Pusat Penginapan Pelajar (SAC) pada 15 September 2014.

Dimajlis pembukaan Kapsul Masa itu beliau membacakan semula amanat yang ditulis khususnya untuk pelajar kampus ini.
Katanya dalam catatan beliau itu masa terus berlalu dengan pantas dan mengikut zaman justeru beliau mengharapkan pelajar UUM berpegang teguh pada Moto UUM iaitu ‘Ilmu, Budi dan Bakti’.

‘Dengan Ilmu itu anda dapat memandang jauh ke hadapan dan sematkan ilmu itu didada dan bawa amalan murni itu sepanjang hayat, ‘ katanya ketika membacakan semula amanat yang ditulis beliau.

Majlis pembukaan itu dihadiri oleh TNC HEPA UUM Prof Madya Dr Hendrik Lamsali, Dekan Pembangunan Pelajar Prof Madya Dr Massudi Mahmuddin, Pengarah JHEP Noor Azman Yusof, Pengarah SAC Roslina Abdullah, Pengarah-pengarah Pusat Tanggunggjawab, Pengetua-pengetua Inapan Siswa dan staf JHEP. 
 
120174534 3316844285059824 4765232902311083068 o