All News

MAJLIS PENGHARGAAN, SAMBUTAN HARI LAHIR STAF DAN POTLUCK PERDANA SERIKAN TAHUN BAHARU 2021

 

PUSAT PENGINAPAN PELAJAR (SAC) : Majlis Perpisahan staf SAC yang telah berpindah jabatan pada hujung tahun 2020 iaitu Puan Siti Mariam Abd Hamid, En. Mohd Fekri Zakaria dan En. Sofian Abdul Wahab telah diadakan pada pagi ini. Turut diselitkan ialah sambutan Hari Lahir staf pada bulan Januari selain potluck perdana sempena tahun baharu 2021.

Majlis dihadiri oleh semua staf dan majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan ucapan daripada Pengarah, Puan Roslina Abdullah diikuti ucapan pegawai yang diraikan, 

Puan Siti Mariam Abd Hamid yang telah berpindah ke Bahagian Kewangan Hal Ehwal Pelajar, En. Mohd Fekri Zakaria yang telah memulakan tugas di Unifilm Studio En. Sofian Abdul Wahab yang telah berpindah ke Pusat kesihatan Universiti.

Cenderhati kenangan kepada staf tersebut telah disampaikan oleh Pengarah diiringi pegawai-pegawai SAC. Majlis diakhiri dengan jamuan kepada semua yang hadir. Akhir kata, warga SAC mengucapkan selamat maju jaya kepada staf-staf berkenaan dan ribuan terima kasih diucapkan di atas segala jasa dan sumbangan yang diberikan sepanjang berkhidmat di sini.

135597400 3576699442407639 6766056251988155743 n

134405281 3576699509074299 1106239646339174458 n

133736322 3576700115740905 2522291421574631438 n

134266968 3576702449074005 4023095266085845945 n

134955009 3576700405740876 7664156709130773961 n

134636596 3576699349074315 5871158731770390559 n