All News

KUNJUNGAN PEGAWAI HEP KE PERUMAHAN UNIVERSITI & TAMAN SISWA

KUNJUNGAN PEGAWAI HEP

 

11 Januari 2023 (Rabu) - Kunjungan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar ke Perumahan Sisiran Sintok, Taman Universiti dan Taman Siswa; turut hadir bersama Yang Berusaha Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed (Timbalan Naib Canselor HEPA) serta Encik Huzaidy bin Hj. Hussain (Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar).

Kunjungan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada Pegawai-pegawai HEP mengenai pengurusan perumahan universiti dan Taman Siswa. Yang berusaha Prof. turut memberi ucapan pada kunjungan ini dan berhasrat agar pelajar dapat menggunakan kemudahan yang telah dinaiktaraf oleh pihak SAC serta sentiasa menjaga keselamatan dan mematuhi peraturan di dalam kampus.

Selain itu, Yang Berusaha Prof. memberikan sumbangan kepada 50 buah rumah pelajar B40 di Perumahan Sisiran Sintok dan Taman Universiti. Kunjungan ini berakhir di Taman Siswa.